14 November 2016 - 15:40
66000 Wanita Akan Sertai Perarakan Di Washington Sehari Selepas Trump Angkat Sumpah.

Lebih daripada 66000 wanita Amerika telah menyatakan kesediaan mereka untuk turut serta di dalam sebuah perarakan besar-besaran yang dijadualkan akan berlangsung pada 21 Januari akan datang iaitu sehari selepas Donald Trump secara rasmi akan memegang tampuk kuasa di Rumah Putih.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Lebih daripada 66000 wanita Amerika telah menyatakan kesediaan mereka untuk turut serta di dalam sebuah perarakan besar-besaran yang dijadualkan akan berlangsung pada 21 Januari akan datang iaitu sehari selepas Donald Trump secara rasmi akan memegang tampuk kuasa di Rumah Putih.

Laman Facebook perarakan yang diberi nama 'Perarakan Para Wanita di Washington' tersebut telah mencuri tumpuan netizen dari seluruh A.S.

Sehingga hari Isnin, selain daripada mereka yang sudah memberikan komitmen untuk menyertai perarakan tersebut, seramai 156000 orang lagi telah menyatakan minat mereka untuk mengambil bahagian di dalam program itu.

Sebahagian yang lain pula menyatakan sokongan mereka dengan membuat persiapan bagi mengadakan demo yang sama di komuniti-komuniti mereka sendiri.

Pengumuman untuk mengadakan perarakan tersebut dibuat selepas calon Demokrat, Hillary Clinton tewas teruk kepada Trump di sebalik kritikan keras terhadap calon Republikan berkaitan layanan buruknya terhadap wanita.

Perarakan tersebut pasti akan menambah masalah yang sedang dihadapi oleh Trump memandangkan kemenangan beliau di dalam pilihan raya pada 8 November lepas telahpun menaikkan kemarahan pelbagai pihak.